Tuesday, October 26, 2010

Asal-usul Ratu Laut Selatan by ilahkhatibrani

kengkawan pernah dengar pasai Nyi Rora Kidul yang bermaksud ratu Laut Selatan....hmm bagi yang pernah ke bali atau kepulauan indonesia pasti ada terdengar kisah puteri malang ini...

 


begini kisahnya...

Nama asalnya – Nyai Galoh Adjeng Dewi Kandita (nama semasa masih manusia)
atau dikenali dikalangan orang istana dengan nama timangan Si Banyu Bening (Si Air Jernih)

Nyai Galoh Adjeng adalah puteri daripada seorang gundik bernama Dewi Mahameru kepada Prabu Siliwangi Mahawangsa – Raja Kerajaan Pajajaran. Ketika itu Pajajaran berseteru dengan kerajaan Mataram.

Dewi Kandita terkenal dengan kecantikan dan keayuan dan menjadi kebanggaan kepada Prabu Siliwangi hingga menimbulkan cemburu pada ibu2 tiri lain. Maka selalulah dia didera dan  diseksa olaeh mereka. Hingga suatu hari dek kerana selalu diseksa beliau menjadi tempang dan kulit bersopak. Ada juga dayang2 yang menyatakan kecacatan itu disebabkan oleh sihir dari ibu2 tiri agar dia menjadi cacat dan dibenci orang.

Hasilnya, dia dihalau dari istana dan dimurkai oleh Sang Prabu – juga hasutan dari ibu2 tiri dengan menyatakan kecacatan Puteri itu akan membawa sial kepada kerajaan Pajajaran. Berlinang air mata Dewi Kandita semasa meniggalkan istana membawa diri. Mahameru menangis dan patah hati kerana satu-satunya anaknya dihalau hingga membawa ajal kepadanya.

Sewaktu menghampiri Gunung Merapi ,Dewi Kandita telah berhenti melepaskan lelah hingga tertidur. Di dalam tidurnya, dia bermimpi seorang tua menyuruhnya berjalan ke satu sungai yang sekarang ini dinamakan Begawan Solo untuk merendamkan dirinya di situ jika ingin sembuh.

Dek kerana keinginan untuk sembuh yang membuak-buak, Dewi Kandita tanpa lengah lagi terus terjun ke sungai itu, hingga terlupa untuk menanyakan apa2 syarat atau ganjaran yang diingini oleh pemilik suara.

Gembiranya dia bila ternyata wajahnya berubah lebih cantik dan kulitnya lebih mulus dari dahulu. Tapi keajaiban yang berlaku itu tidak lama. Rupa-rupanya dia tidak boleh berjauhan dengan air sungai itu.

Tanpa sedar rupanya dia terpilih oleh siluman (makhluk halus) yang menjaga Gunung Merapi untuk menjadi pewaris. Syarat untuk kekal cantik, dia harus menjaga Lautan yang dibanjiri air sungai yang terbit dari gunung itu. Sejak dia memerintah lautan itulah namanyanya berubah dan dipanggil Nyi Roro Kidul – Ratu Laut Selatan.

Kerana dendamnya dengan ayahandanya sendiri dan ibu2 tirinya, dia telah mengahwini Gusti Panembahan Sanoepati dari Kerajaan Mataram dan dengan kekuasaan Mataram kerajaan Pajajaran telah tumbang.

 Gusti Panembahan telah membahagi-bahagikan kerajaannya kepada beberapa bahagian antaranya – Daha, Kuripan, Mataram (dikecilkan), Kediri dan Gagelang untuk diperintah oleh anak2nya. Zuriatnya dengan Nyi Roro Kidul telah memerintah Daha dan Kuripan dan sumpahan untuk keturunannya, jangan ada sesiapa di antara mereka ini berpakaian hijau dan kuning ketika berhampiran lautan di bawah kekuasaannya. Jika tidak mereka akan dijadikan korban dan menemani Nyai di dalam laut. 


THE END

KISAH MISTIK BUNGA RAFFLESIA..BERWARNA PUTIH DAN HITAM. by ilahkhatibrani

Kengkawan pernah melihat bunga Rafflesia......tak kiralah sama ada secara langsung atau tidak.....
....yang besar, yang sederhana besar dan kecil.....

Bunga Rafflesia nie susah tul kalau nak cari kecuali kalau ditemani ngan mereka yang pakar dan faham ngan habitat bunga Rafflesia nie...terutama di Borneo..sementara di semenanjung bunga Rafflesia yang biasa dan senang di cari di Hutan Diraja

Bunga rafflesia banyak tumbuh kat Borneo....terutama tempat yang jarang didatangi oleh manusia...

Bunga Rafflesia nie setakat yang dijumpai oleh manusia majoritinya berwarna merah..sahaja..ader yang berwarna merah darah..ader yang .merah sama...dan ader yang merah bertompok2 putih.....

Bunga rafflesia yang nak cerita nie berwarna putih dan hitam....dan bunga ini jarang dijumpai oleh manusia...hanya mereka yang bernasib baik sahaja yg dapat melihat dan menyentuh serta menyimpan bunga rafflesia tersebut

percaya tak yang bunga rafflesia nie ada banyak sebahagiannya milik org bunian..atau jin....terutama yang tumbuh di tempat yang jauh daripada habitat manusia...

dan bunga Rafflesia yang berwarna putih nie banyak khasiat dan rahsia yang belum diketahui oleh manusia.....sekiranya manusia tahu kehebatan dan kelebihan bunga Rafflesia putih nie..pasti akan berusaha mencari nya terutama bagi mereka yg ekstrem ngan tumbuhan mistik dari alam ghaib...

Manakala..bunga Rafflesia berwarna hitam dan besar..pula sekiranya terjumpa..jangan diambil dan dikacau...biarkan sahaja...kerana ia beracun dan leh membawa kematian sekiranya tidak bernasib baik..ini adalah kerana ..jin yang menjaganya sangat jahat dan ganas....terutama bila kita tersentuh serta terbau gas yang dilepaskan daripada bunga Rafflesia berwarna hitam....bau gas tersebut sangat busuk..yang amat sangat...

hmmm bagaimana mahkhluk halus nie atau jin nie leh tinggal kat bunga rafflesia sedangkan bunga nie hanya tumbuh sebagai perasit dah akan mati selepas berkembang...haaaaa disinilah keistemewaan bunga rafflesia yang dimiliki oleh mahklus halus jin nie..di mana jangka hayatnya sangat panjang selagi mahkluk halus nie menjaga dan tinggal di dalam  bunga rafflesia tersebut..

pelikkan dan tidak masuk akal....kan kengkawan ..tetapi itulah hakikatnya dan  tak memaksa kengkawan semua mempercayainya..jangan risau ..

Mahklus halus atau jin yang menjaga bunga Rafflesia berwarna putih atau hitam ini akan tinggal didalam bunga tersebut..di mana disitulah tempat makan, tidur, bermain2 dan membuang najis....

setiap pagi bunga Rafflesia tersebut akan mulai kembang setiap pagi untuk kentut atau melepaskan gas busuk..dan akan mulai kuncup atau tertutup sedikit apabila matahari mulai turun....kira terbalik sikit dan lain sedikit cam bunga Bakawali...di mana bunga Bakawali akan mulai kembang bila masuk waktu Maghrib...

Bunga Rafflesia nie akan melepaskan gas busuk setiap pagi dan bunyi gas yang dilepaskan bergantung kepada saiz besar bunga tersebut....sekiranya bunga tersebut amatlah besar..bunyi  dan jumlah gas yang dilepaskan sangat besar...dan bunyi gas semasa dilepaskan seolah2 seperti bunyi ledakan bom lagaknya....hmmm menarik kan...

hmmm mesti kengkawan tertanya lak..bagaimana rupa org bunian atau makhluk halus atau jin yang dok kat dalam bunga nie...

cam nie rupanya....saiznya kecil sahaja....pernah tengok kartun Smurf tak...haaa ketinggiannya cam nielah...mereka dok sekeluarga..lagi besar saiz kelopak bunga dan bunga tersebut lagi besar keluarga makhlus halus tu...tapi muka dorang tak samer tau macam kartun smurf tu.....

hidung dorang panjang dan tajam sedikit dan tidak ader batang hidung cam manusia..matanya sepet dan kecil sahaja...telinganya kecil sahaja dan runcing...bentuk muka lak...panjang membujur can telur..kulit lak ikut cam kelopak bunga rafflesia...tidak licin dan tidak terlalu kasar...kulit lak berwarna ikut warna bunga Rafflesia yang dijaga ..kalau putih..putihlah..kalau hitam..hitamlah kulitnya....matanya berwarna hitam....dan sesekali berwarna merah saga...


Bagi mereka yang terjumpa bunga rafflesia berwarna putih..sekiranya terserempak....jangan gopoh..jangan tamak....
sebab yang menjaga bunga nie tidak terlalu jahat dan juga tidak terlalu baik..hmmm kamu paham tak maksud ni....maksud  disini sekiranya beragama islam..mungkin tak banyak karenah..tapi lain lak kalau beragama bukan islam...susah lak kalau nak minta..jadi penyelesaiannya blah dari tempat situ...hu..hu..hu...

dan satu lagi kalau leh kalau nak mencari bunga rafflesia ajaib nie ...cari kayu atau wat tongkat daripada kayu yang wangi sentiasa tu..dan bawa kayu tersebut bersama  (.apa nama kayu tu pandai2lah korang mencarinya.... )..sebab bau bunga rafflesia nie bila kembang..Ya-Allah busuk yang amat sangat ...kalah bangkai....hanya ngan kayu yang sentiasa berbau wangi nie sahaja leh tawarkan bau busuk nie...(sila rujuk kat tenet..dan cari pokok yang sentiasa mengeluarkan bau wangi ....kalau aderlah....he..he...he...kalau takder cuba rujuk ngan pengumpul koleksi barang mistik...maaf tak leh sebut...disini..apa nama pokok tu...)

dan satu lagi...bende yang menjaga bunga nie suka bermain teka -teki....dan suka bermain akal berserta tawaran...so kena berhati2....kalau rasa2 cam tak pandai bermain teka -teki...hmm terimalah nasib .....kalau tak bernasib baik...leh jadi tawanan dan hamba dorang seumur hidup....ader berani.......

tapi bagi yang berani dan degil ....leh cuba ambil kelopak bunga rafflesia tu....sedikit pun tak pe..sebab banyak khasiat dan keajaibannya...tapi cam biasa lah.....hanya org yang hati tulus dan baik sahaja yg akan dapat peluang nya...

dan pastilah...ader syarat yang perlu dibuat sekiranya mahu kelopak bunga rafflesia nie terus ajaib dan berkhasiat...

THE END...

Kesimpulannya disini....tak payahlah bercadang mencarinya...sebab banyak masaalah daripada kesenangan..dan kalau nak bayangkan camner rupa bunga rafflesia nie....senang jer..gi cari bunga rafflesia yang biasa dijumpai di borneo ngan semenanjung malaysia tu yang warna merah....cuma bezanya ...bunga rafflesia mistik nie....berbulu sedikit terutama di kelopak bunga ...bulu tu lebat cam bulu patung teddy bear...dan berwarna putih atau hitam....




Asal Usul Ikan Duyung..... by ilahkhatibrani..

Ada kisah benar mengenai ikan duyung?.bagaimana wujudnya manusia berbadan ikan ini kisahnya  bermula begini.


Disebuah kepulauan yang indah damai sebelum tahun hijrah dan  kedatangan agama Islam..di mana semua penduduk  di pulau ini  menyembah berhala  nenek yang tinggal dan berkampung di atas laut

Pulau yang indah dan damai ini di beri nama Pulau Tungkil .tapi tak mau cerita mengenai asal usul pulau ini kemudian dulu..sebab nak cerita pasal asal-usul ikan duyung.

Di  Pulau Tungkil ada sebuah  tempat yang bernama Kalang. Dimana terdapat sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi masih belum mendapat rezeki anak.

Walaupun masih tiada anak..mereka saling sayang-menyayangi. si suami bernama Legadong dan kerjanya   menangkap ikan dilaut..manakala isterinya Palmuriah  ..seorang suri rumahmereka tinggal di atas laut kerana mereka daripada keturunan org laut...maka kehidupan mereka menyerupai  org laut yang lain.

Sehinggalah Palmuriah mengandung betapa gembira tidak terhingga Si Legadong apabila mendengar khabar berita gembira ini. sejak hari itu..Palmuriah di larang keluar daripada rumah dan membuat kerja2 berat ,semua kerja2 rumah Legadong nie yang buat
Semasa mengandung Palmuriah mengidam ingin memakan buah rumput  laut. pada mulanya Legadong memujuk isterinya setelah didesak oleh isterinya akhirnya Legadong menurut .dan memetik buah rumput laut untuk isterinya................

Isterinya Palmuriah pabila memakan buah rumput laut kali pertama, terus ketagih dan menginginkan buah rumput laut nie setiap hari, jadi Legadong akan memetik buah rumput setiap hari tuk isterinya..

Ok! camner rupa rumput laut..rumput laut nie macam lalang tinggi tapi lembut seperti  rumpai laut.buah nya lak berbuah kat daun  rumput tersebut.....kecil sahaja bentuknya

Ok..bentuk buahnya ..cam nie, luar nya seperti  kulit buah rambutan ..saiznya kecil dan sebesar kuku manusia , manakala..isinya  masam kelat   dan berwarna coklat putih kekuningan

Rumpai laut  tumbuh melata di kawasan air surut dan air pasang kira kawasan nie jauh daripada pantai dan tanah ...jadi untuk memetik buah rumpai nie si Legadong terpaksa menunggu air surut dahulu dan memetiknya sebelum air pasang kerana jika alpa memetik pasti akan terperangkap kerana air pasang, jadi Legadong akan pastikan yang dia akan balik daripada menangkap ikan sebelum air laut pasang dan terus memetik buah rumput laut tuk isteri kesayangannya.

Sehinggalah suatu hari..SiLegadong..nie semasa menangkap ikan nie di laut dia terleka ..kerana asyik menangkap ikan  sampai terlupa mengenai buah rumpai laut nie, jadi dia cepat2  berkemas tuk lik ..tapi malangnya..pada masa tersebut ..hujan lebat dan ribut berlaku tanpa disangka datanglah ombak besar dan menelan dia serta sampannya...


Sementara isterinya Palmuriah di rumah gelisah  dan gundah-gelana kerana sepatutnya suami nya sudah pulang kerumah dengan hasil tangkapan di laut serta buah rumpai laut.pada masa tu...tetapi  masa nie dia menyedapkan hatinya mungkin suami nya lewat pulang ..daripada laut bukannya tidak pernah terjadi suaminya pulang lewat daripada laut semata2 ingin menangkap hasil laut lebih sedikit.....


Si Palmuriah nie tidak dapat menahan keinginannya ingin memakan buah rumpai laut, jadi dia mengambil keputusan tuk kuar rumah dan memetik sendiri buah rumpai laut tu sendiri, tanpa melengah lagi dia pergi ke kawasan yang ada buah rumpai laut  dengan tidak menyedari tempat disitu  didiami jin...

Si Palmuriah nie memetik buah rumpai laut nie sampai  jauh daripada pantai sehingga tak sedar air mulai  naik pasang ,dia memetik buah rumpai sambil makan terus kerana keasyikan  air yang naik tidak disedari sehinggalah dia tersedar sudah terlambat..dan cepat2 dia lari dan naik keatas batu yang berhampiran....

Palmuriah menangis kerintihan kerana tahu yang dia akan mati kelemasan...dan hatinya bertambah sedih bila mengingatkan suaminya serta anak yang dikandungnya....

Tanpa dia sedari...dia diperhatikan oleh jin laut...jin laut nie sudah lama memerhatikan gerak-gerinya semasa Palmuriah asyik memetik dan makan buah rumpai laut nie.....jadi jin laut nie menjelmakan dirinya menyerupai perempuan tua...dan muncul di depan Palmuriah

Terkejut Palmuriah melihat kemunculan perempuan tua secara tiba2.....pada mulanya Palmuriah menangis ketakutan tetapi setalah perempuan tua itu memperkenalkan dirinya yang dia tinggal tidak jauh dari situ..dan dia berniat baik tuk selamatkan dia..barulah Palmuriah dapat menenangkan dirinya...

Jin jelmaan perempuan tua itu menyuruh Palmuriah berenang dan mengikutnya malangnya Palmuriah tidak pandai berenag...maka di sinilah jin jelmaan tu menrancang sesuatu jahat yang mengubah nasib Palmuriah.buat selama-lamanya .jadi jin jelmaan tu berkata kepadanya  "Palmuriah..aku boleh membuat kamu pandai berenang seperti ikan.di laut...adakah kau mahu berenang sepantas ikan dilaut." ........"Eh! betul ker nek....saya nak...saya nak " balas Pulmuriah tanpa berfikir panjang......Jin jelmaan tersenyum menang  lalu katanya.." baiklah ...kau turun daripada batu tu dan masuk perlahan2 kedalam air dengan dimulai  kaki kamu dahulu...

Palmuriah turun ke dalam air laut..dan masa nie nie separuh badannya sehingga kepinggang sudah berada di dalam air laut ..sementara kedua tangannya memegang batu..tuk membuatkannya terapung......dannnnnnnnnnnnnn  tiba2 Palmuriah merasakan kesakitan yang amat sangat daripada kakinya sehingga pinggang....dia menjerit kuat kerana kesakitan yang amat sangat..dan terus jatuh kedalam laut...dan dalam kesakitan yang amat sangat tanpa disedarinya dia melahirkan  sepasang anak kembar yang  dikandungnya.........

Bila palmuriah sedar daripada pengsan..dan dia terkejut kerana dia leh bernafas di dalam laut...dan melihat  separuh badannnya telah menjadi ikan dari kaki hingga ke pinggang...sementara anak2nya pula telah bertukar menjadi ikan..yang pelik...dia menangis kesedihan melihat nasib nya dan anak nya...

Sementara itu...lak..jin jelmaan perempuan tua terus menjelma di depan Palmuriah...dan tersenyum sinis..dan berkata " Palmuriah...anak2 kau jadi begini kerana kamu memakan buah rumpai laut yang dilarang sama sekali di makan oleh manusia...dan sekarang aku telah tunaikan hajat kamu ingin berenang pantas seperti ikan di lautan....dan kau perlu membayar apa yang kau minta....sebagai galang gantinya kau akan hilang segala ingatan kau semasa kau menjadi manusia dan akan tinggal di dunia jin untuk selama-lamanya ..dan sementara anak2 kamu akan menjadi tinggal jauh kedalam laut dalam buat selamanya...." selepas jin jelmaan perempuan tu abis berkata..terus cahaya merah menyambar kepalanya ...dan terus dia hilang ingatan..mengenai kehidupan manusianya...Palmuriah memandang anaknya dengan pandangan yang kosong dan tanpa diminta dia pergi ke arah jin jelmaan perempaun tua itu seolah2 ada kuasa menariknya....


sementara itu anak2nya yang berupa ikan pelik itu menangis sehingga mengeluarkan air mata ..serta mengeluarkan suara seperti org menangis melihat keadaan ibunya...yang semakin hilang di pandangan kerana memasuki alam jin....

sehingga kini tiada sesiapa pun tahu nasib ikan duyung yang bernama Palmuriah  di alam jin....sementara anaknya yang berupa ikan pelik pula berenang ke lautan dalam dan tinggal di sana....dan inilah ikan duyung yang dilihat oleh manusia sekarang


dan ikan dugung bukanlah ikan duyung...ikan duyung yang sebenarnya iaitu badan separuh manusia dan separuh ikan  ialah Palmuriah yang sudah hilang daripada dunia manusia kerana telah memasuki alam jin...dan tiada duyung lelaki...bohong semata2 dan hanya rekaan manusia semata2..


Ikan duyung sebenar yang leh dijumpai manusia adalah daripada keturunan anak Palmuriah( itupun jarang sekali....dan ikan duyung nie dikenali ikan eksotik dikalangan org yang gemar memburu dan makan dagingnya..dan susah dijumpai.Ya-Allah kesian betul ikan nie..sedih ilah mengenangkan nasibnya)

Mungkin kengkawan tertanya2 bagaimana rupa anak Palmuriah yang telah bertukar menjadi ikan pelik...

hmmm cam.nie..rupanya....dari kaki hingga ke leher macam ikan cuma dari pinggang ke leher berkulit seperti manusia tetapi kulitnya tebal dan kasar sedikit...ada dua sirip seolah2 seperti tangan manusia...kalau mata ikan lak tak leh mengelipkan..tapi mata ikan duyung nie seperti mata manusia boleh megerlipkan mata seperti manusia...mulutnya menyerupai gabungan mulut ikan dan manusia...bentuk muka nya seperti grasshopper..mertadak metaduk...telinganya kecil sahaja..ditepi kepala..cam manusia..cuma kecil seperti telinga tikus...ikan duyung anak Palmuriah ada mempunyai rambut dari dahi hingga meliputi kepalanya..dan panjang dan ketebalan rambut tersebut bergantung kepada usia masing2........

dan yang paling menyedihkan bila ikan duyung keturunan anak palmuriah nie ditangkap...oleh manusia..pasti akan melahirkan air mata seperti manusia dan menangis sehingga mengeluarkan suara..seperti manusia menangis mengongoi kematian org yang disayangi......hmmm unik dan istimewa...ikan duyung....dan..hingga sekarang masih ada lagi..cuma susah dijumpai oleh manusia kerana sifat pemalunya dan juga kerana sifat manusia yang tidak berperi kemanusia serta zalim....

THE END

Jin Siam??

Adakah anda percaya akan kewujudan Jin?? Sebagai Islam, mestila percaya akan makhluk itu kerana ia juga adalah makhluk ciptaan Allah..

Ni plak nak cita pasal adik aku plak... namanyer biarlah aku rahsiakan.. atas sebab2 yg tertentu...  Malam sabtu, 23/10/2010, SJ(bukan nama sebenar) pergi la dengar ceramah pasal Rawatan Islam kat Universiti tmpat SJ ni la... Ustaz tu dikatakan menggunakan rawatan islam dari Darusshifa'. Pada pengakhir sesi ceramah tu, ustaz tu ada tawarkan 'Scan' percuma tuk kita tahu ade tak 'benda' atau 'jin' atau makhluk halus dalam badan kita..

Scan tu dibuat dgn cara yg sgt mudah la.. Ustaz akan baca2 la, dan smua org yg dtg kat ceramah tu kena ikot aper yg ustaz tu ckp.. Tetiba, SJ rsa semacam la..bdn SJ dh goyang2 la, tetiba SJ mcm meracau..Ustaz tu bwk SJ pegi ke dalam surau yg bdekatan.. Dlm surau tu, SJ dh rsa bdn SJ dikawal dgn satu bnda lain la.. tetiba SJ mnjerit2, meracau, bersilat, siap menari MakYong lg.. ckp bahasa yg lngsung tak leh faham.. seram siot....

Ustaz tu suh la Jin tu kuar dr bdan SJ, smp abis SJ kena blasah dgn sejadah, kna sembelih dgn ekor ikan pari, kna rejam dgn batu dan mcm2 lagi, smp berlarutan pkl4am.. tp jin tu still tak nak kuar jgk.. at last skli, Ustaz tu sruh SJ tido.. Time tdo tu SJ rsa penat sgt2, bila dpt tido tu, rsa lega sgt2.. Bila  bgun, Ustaz tu ckp, jin tu dah dihantar ke serambi Mekah.. tapi ada jgk kwn2 SJ yg mngatakan, jin tu tak kuar dr bdn SJ, tp ditidorkan selama 900thun, waalaahualam...

bila aku dapat tau jer  SJ kena cmtu, aku trus nangis...sedih sgt2.. nper SJ yg kena,nper bkn org lain?? dh la mak n bpk takder dh.. Adakah Allah sedang menguji SJ?? sabar la SJ... Allah itu sgt mengasihi hamba2nya..

SJ hri ni dh ok la ckit, dia kata dh takder ape2.. aku doakan SJ sihat, ditenagkan hatinya, dikuatkan iman, ditabahkan hatinya.. semoga Allah pelihara SJ...

Salam... Allah Maha Besar...

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.. Aku sendiri kadang-kadang masih tercari-cari siapa diriku ini.. Adakah Islam hanya pada nama atau sebaliknya... Aku berusaha untuk mematangkan diri ini untuk lebih yakin dan berpegang pada ajaran Islam yang syumul itu....

Pernahkan anda sendiri terfikir, siapakah diri anda??? Besarkah anda untuk menidakkan setiap yg Allah tetapkan pada kita???? Kuatkah kita untuk melawan takdirNya??? mampukah kita bersama-sama menegakkan syiar Islam sedangkan kita
hanya disini, melihat, menunggu, bercerita dan bersedih???

Allah selalu bersama-sama kita disaat kita senang dan susah.. tapi, bila kita senang, adakah kita sudah lupa pada Allah?? Kenapa Allah menjadikan manusia sering lalai padaNya sedangkan kita semakin tamak dengan nikmat Allah??? Nikmat dunia yg pasti akan berakhir???

Aku sering mengingatkan diriku akan hakikat ini.... aku mahu menjadi yang terbaik.. yg patuh padaNya dan meninggalkan laranganNya... Ya Allah... Bantulah aku untuk meneruskan hidup ini..agar tidak lali padamu....