Tuesday, October 26, 2010

Asal Usul Ikan Duyung..... by ilahkhatibrani..

Ada kisah benar mengenai ikan duyung?.bagaimana wujudnya manusia berbadan ikan ini kisahnya  bermula begini.


Disebuah kepulauan yang indah damai sebelum tahun hijrah dan  kedatangan agama Islam..di mana semua penduduk  di pulau ini  menyembah berhala  nenek yang tinggal dan berkampung di atas laut

Pulau yang indah dan damai ini di beri nama Pulau Tungkil .tapi tak mau cerita mengenai asal usul pulau ini kemudian dulu..sebab nak cerita pasal asal-usul ikan duyung.

Di  Pulau Tungkil ada sebuah  tempat yang bernama Kalang. Dimana terdapat sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi masih belum mendapat rezeki anak.

Walaupun masih tiada anak..mereka saling sayang-menyayangi. si suami bernama Legadong dan kerjanya   menangkap ikan dilaut..manakala isterinya Palmuriah  ..seorang suri rumahmereka tinggal di atas laut kerana mereka daripada keturunan org laut...maka kehidupan mereka menyerupai  org laut yang lain.

Sehinggalah Palmuriah mengandung betapa gembira tidak terhingga Si Legadong apabila mendengar khabar berita gembira ini. sejak hari itu..Palmuriah di larang keluar daripada rumah dan membuat kerja2 berat ,semua kerja2 rumah Legadong nie yang buat
Semasa mengandung Palmuriah mengidam ingin memakan buah rumput  laut. pada mulanya Legadong memujuk isterinya setelah didesak oleh isterinya akhirnya Legadong menurut .dan memetik buah rumput laut untuk isterinya................

Isterinya Palmuriah pabila memakan buah rumput laut kali pertama, terus ketagih dan menginginkan buah rumput laut nie setiap hari, jadi Legadong akan memetik buah rumput setiap hari tuk isterinya..

Ok! camner rupa rumput laut..rumput laut nie macam lalang tinggi tapi lembut seperti  rumpai laut.buah nya lak berbuah kat daun  rumput tersebut.....kecil sahaja bentuknya

Ok..bentuk buahnya ..cam nie, luar nya seperti  kulit buah rambutan ..saiznya kecil dan sebesar kuku manusia , manakala..isinya  masam kelat   dan berwarna coklat putih kekuningan

Rumpai laut  tumbuh melata di kawasan air surut dan air pasang kira kawasan nie jauh daripada pantai dan tanah ...jadi untuk memetik buah rumpai nie si Legadong terpaksa menunggu air surut dahulu dan memetiknya sebelum air pasang kerana jika alpa memetik pasti akan terperangkap kerana air pasang, jadi Legadong akan pastikan yang dia akan balik daripada menangkap ikan sebelum air laut pasang dan terus memetik buah rumput laut tuk isteri kesayangannya.

Sehinggalah suatu hari..SiLegadong..nie semasa menangkap ikan nie di laut dia terleka ..kerana asyik menangkap ikan  sampai terlupa mengenai buah rumpai laut nie, jadi dia cepat2  berkemas tuk lik ..tapi malangnya..pada masa tersebut ..hujan lebat dan ribut berlaku tanpa disangka datanglah ombak besar dan menelan dia serta sampannya...


Sementara isterinya Palmuriah di rumah gelisah  dan gundah-gelana kerana sepatutnya suami nya sudah pulang kerumah dengan hasil tangkapan di laut serta buah rumpai laut.pada masa tu...tetapi  masa nie dia menyedapkan hatinya mungkin suami nya lewat pulang ..daripada laut bukannya tidak pernah terjadi suaminya pulang lewat daripada laut semata2 ingin menangkap hasil laut lebih sedikit.....


Si Palmuriah nie tidak dapat menahan keinginannya ingin memakan buah rumpai laut, jadi dia mengambil keputusan tuk kuar rumah dan memetik sendiri buah rumpai laut tu sendiri, tanpa melengah lagi dia pergi ke kawasan yang ada buah rumpai laut  dengan tidak menyedari tempat disitu  didiami jin...

Si Palmuriah nie memetik buah rumpai laut nie sampai  jauh daripada pantai sehingga tak sedar air mulai  naik pasang ,dia memetik buah rumpai sambil makan terus kerana keasyikan  air yang naik tidak disedari sehinggalah dia tersedar sudah terlambat..dan cepat2 dia lari dan naik keatas batu yang berhampiran....

Palmuriah menangis kerintihan kerana tahu yang dia akan mati kelemasan...dan hatinya bertambah sedih bila mengingatkan suaminya serta anak yang dikandungnya....

Tanpa dia sedari...dia diperhatikan oleh jin laut...jin laut nie sudah lama memerhatikan gerak-gerinya semasa Palmuriah asyik memetik dan makan buah rumpai laut nie.....jadi jin laut nie menjelmakan dirinya menyerupai perempuan tua...dan muncul di depan Palmuriah

Terkejut Palmuriah melihat kemunculan perempuan tua secara tiba2.....pada mulanya Palmuriah menangis ketakutan tetapi setalah perempuan tua itu memperkenalkan dirinya yang dia tinggal tidak jauh dari situ..dan dia berniat baik tuk selamatkan dia..barulah Palmuriah dapat menenangkan dirinya...

Jin jelmaan perempuan tua itu menyuruh Palmuriah berenang dan mengikutnya malangnya Palmuriah tidak pandai berenag...maka di sinilah jin jelmaan tu menrancang sesuatu jahat yang mengubah nasib Palmuriah.buat selama-lamanya .jadi jin jelmaan tu berkata kepadanya  "Palmuriah..aku boleh membuat kamu pandai berenang seperti ikan.di laut...adakah kau mahu berenang sepantas ikan dilaut." ........"Eh! betul ker nek....saya nak...saya nak " balas Pulmuriah tanpa berfikir panjang......Jin jelmaan tersenyum menang  lalu katanya.." baiklah ...kau turun daripada batu tu dan masuk perlahan2 kedalam air dengan dimulai  kaki kamu dahulu...

Palmuriah turun ke dalam air laut..dan masa nie nie separuh badannya sehingga kepinggang sudah berada di dalam air laut ..sementara kedua tangannya memegang batu..tuk membuatkannya terapung......dannnnnnnnnnnnnn  tiba2 Palmuriah merasakan kesakitan yang amat sangat daripada kakinya sehingga pinggang....dia menjerit kuat kerana kesakitan yang amat sangat..dan terus jatuh kedalam laut...dan dalam kesakitan yang amat sangat tanpa disedarinya dia melahirkan  sepasang anak kembar yang  dikandungnya.........

Bila palmuriah sedar daripada pengsan..dan dia terkejut kerana dia leh bernafas di dalam laut...dan melihat  separuh badannnya telah menjadi ikan dari kaki hingga ke pinggang...sementara anak2nya pula telah bertukar menjadi ikan..yang pelik...dia menangis kesedihan melihat nasib nya dan anak nya...

Sementara itu...lak..jin jelmaan perempuan tua terus menjelma di depan Palmuriah...dan tersenyum sinis..dan berkata " Palmuriah...anak2 kau jadi begini kerana kamu memakan buah rumpai laut yang dilarang sama sekali di makan oleh manusia...dan sekarang aku telah tunaikan hajat kamu ingin berenang pantas seperti ikan di lautan....dan kau perlu membayar apa yang kau minta....sebagai galang gantinya kau akan hilang segala ingatan kau semasa kau menjadi manusia dan akan tinggal di dunia jin untuk selama-lamanya ..dan sementara anak2 kamu akan menjadi tinggal jauh kedalam laut dalam buat selamanya...." selepas jin jelmaan perempuan tu abis berkata..terus cahaya merah menyambar kepalanya ...dan terus dia hilang ingatan..mengenai kehidupan manusianya...Palmuriah memandang anaknya dengan pandangan yang kosong dan tanpa diminta dia pergi ke arah jin jelmaan perempaun tua itu seolah2 ada kuasa menariknya....


sementara itu anak2nya yang berupa ikan pelik itu menangis sehingga mengeluarkan air mata ..serta mengeluarkan suara seperti org menangis melihat keadaan ibunya...yang semakin hilang di pandangan kerana memasuki alam jin....

sehingga kini tiada sesiapa pun tahu nasib ikan duyung yang bernama Palmuriah  di alam jin....sementara anaknya yang berupa ikan pelik pula berenang ke lautan dalam dan tinggal di sana....dan inilah ikan duyung yang dilihat oleh manusia sekarang


dan ikan dugung bukanlah ikan duyung...ikan duyung yang sebenarnya iaitu badan separuh manusia dan separuh ikan  ialah Palmuriah yang sudah hilang daripada dunia manusia kerana telah memasuki alam jin...dan tiada duyung lelaki...bohong semata2 dan hanya rekaan manusia semata2..


Ikan duyung sebenar yang leh dijumpai manusia adalah daripada keturunan anak Palmuriah( itupun jarang sekali....dan ikan duyung nie dikenali ikan eksotik dikalangan org yang gemar memburu dan makan dagingnya..dan susah dijumpai.Ya-Allah kesian betul ikan nie..sedih ilah mengenangkan nasibnya)

Mungkin kengkawan tertanya2 bagaimana rupa anak Palmuriah yang telah bertukar menjadi ikan pelik...

hmmm cam.nie..rupanya....dari kaki hingga ke leher macam ikan cuma dari pinggang ke leher berkulit seperti manusia tetapi kulitnya tebal dan kasar sedikit...ada dua sirip seolah2 seperti tangan manusia...kalau mata ikan lak tak leh mengelipkan..tapi mata ikan duyung nie seperti mata manusia boleh megerlipkan mata seperti manusia...mulutnya menyerupai gabungan mulut ikan dan manusia...bentuk muka nya seperti grasshopper..mertadak metaduk...telinganya kecil sahaja..ditepi kepala..cam manusia..cuma kecil seperti telinga tikus...ikan duyung anak Palmuriah ada mempunyai rambut dari dahi hingga meliputi kepalanya..dan panjang dan ketebalan rambut tersebut bergantung kepada usia masing2........

dan yang paling menyedihkan bila ikan duyung keturunan anak palmuriah nie ditangkap...oleh manusia..pasti akan melahirkan air mata seperti manusia dan menangis sehingga mengeluarkan suara..seperti manusia menangis mengongoi kematian org yang disayangi......hmmm unik dan istimewa...ikan duyung....dan..hingga sekarang masih ada lagi..cuma susah dijumpai oleh manusia kerana sifat pemalunya dan juga kerana sifat manusia yang tidak berperi kemanusia serta zalim....

THE END

3 comments: