Tuesday, October 26, 2010

Asal-usul Ratu Laut Selatan by ilahkhatibrani

kengkawan pernah dengar pasai Nyi Rora Kidul yang bermaksud ratu Laut Selatan....hmm bagi yang pernah ke bali atau kepulauan indonesia pasti ada terdengar kisah puteri malang ini...

 


begini kisahnya...

Nama asalnya – Nyai Galoh Adjeng Dewi Kandita (nama semasa masih manusia)
atau dikenali dikalangan orang istana dengan nama timangan Si Banyu Bening (Si Air Jernih)

Nyai Galoh Adjeng adalah puteri daripada seorang gundik bernama Dewi Mahameru kepada Prabu Siliwangi Mahawangsa – Raja Kerajaan Pajajaran. Ketika itu Pajajaran berseteru dengan kerajaan Mataram.

Dewi Kandita terkenal dengan kecantikan dan keayuan dan menjadi kebanggaan kepada Prabu Siliwangi hingga menimbulkan cemburu pada ibu2 tiri lain. Maka selalulah dia didera dan  diseksa olaeh mereka. Hingga suatu hari dek kerana selalu diseksa beliau menjadi tempang dan kulit bersopak. Ada juga dayang2 yang menyatakan kecacatan itu disebabkan oleh sihir dari ibu2 tiri agar dia menjadi cacat dan dibenci orang.

Hasilnya, dia dihalau dari istana dan dimurkai oleh Sang Prabu – juga hasutan dari ibu2 tiri dengan menyatakan kecacatan Puteri itu akan membawa sial kepada kerajaan Pajajaran. Berlinang air mata Dewi Kandita semasa meniggalkan istana membawa diri. Mahameru menangis dan patah hati kerana satu-satunya anaknya dihalau hingga membawa ajal kepadanya.

Sewaktu menghampiri Gunung Merapi ,Dewi Kandita telah berhenti melepaskan lelah hingga tertidur. Di dalam tidurnya, dia bermimpi seorang tua menyuruhnya berjalan ke satu sungai yang sekarang ini dinamakan Begawan Solo untuk merendamkan dirinya di situ jika ingin sembuh.

Dek kerana keinginan untuk sembuh yang membuak-buak, Dewi Kandita tanpa lengah lagi terus terjun ke sungai itu, hingga terlupa untuk menanyakan apa2 syarat atau ganjaran yang diingini oleh pemilik suara.

Gembiranya dia bila ternyata wajahnya berubah lebih cantik dan kulitnya lebih mulus dari dahulu. Tapi keajaiban yang berlaku itu tidak lama. Rupa-rupanya dia tidak boleh berjauhan dengan air sungai itu.

Tanpa sedar rupanya dia terpilih oleh siluman (makhluk halus) yang menjaga Gunung Merapi untuk menjadi pewaris. Syarat untuk kekal cantik, dia harus menjaga Lautan yang dibanjiri air sungai yang terbit dari gunung itu. Sejak dia memerintah lautan itulah namanyanya berubah dan dipanggil Nyi Roro Kidul – Ratu Laut Selatan.

Kerana dendamnya dengan ayahandanya sendiri dan ibu2 tirinya, dia telah mengahwini Gusti Panembahan Sanoepati dari Kerajaan Mataram dan dengan kekuasaan Mataram kerajaan Pajajaran telah tumbang.

 Gusti Panembahan telah membahagi-bahagikan kerajaannya kepada beberapa bahagian antaranya – Daha, Kuripan, Mataram (dikecilkan), Kediri dan Gagelang untuk diperintah oleh anak2nya. Zuriatnya dengan Nyi Roro Kidul telah memerintah Daha dan Kuripan dan sumpahan untuk keturunannya, jangan ada sesiapa di antara mereka ini berpakaian hijau dan kuning ketika berhampiran lautan di bawah kekuasaannya. Jika tidak mereka akan dijadikan korban dan menemani Nyai di dalam laut. 


THE END

No comments:

Post a Comment